jom follow

Friday, July 16, 2010

TABUNG BERSAMAMU LYA ...

Salam

tadi aku sempat berjalan2 ke blog kengkawan ... tiba2 ada satu tajuk yg memanggil hati ku .. "Tabung Bersamamu Lya" ... tanpa fikir panjang ku click blog yanie ...

alangkah sedihnyer hati aku bila baca entry tu ... sungguh aku x tau ... almaklum sejak ammar x sihat 2-3 minggu nih, aku x amik pusing utk melawat blog sendiri pon, apa lagi blog kengkawan ...

rupa2nyer Lya di ICU kemaman, fighting for her life ... patotlah sudah jarang ku baca ttg Lya di facebook, kalau x ada je yg dipostkan ke wallnyer utk tatapan kami ... terus aku ke wall Lya di facebook ... berjurai2 airmata ku membaca update ttg Lya ... ya Allah, kuat sungguh ujian & dugaan mu pada umat yg satu ini ...

kalau korang nk tau, satu masa dulu, waktu Ammar memerlukan dana utk ke IJN, Lya adalah diantara yg bertanggungjwb mewar2kan kisah Ammar sampailah diketahui oleh pihak Nuffnang ... aku harap apa yg aku lakukan ni, sedikit sebanyak dpt membantu Lya dan juga sbg membalas budi Lya yg pernah membantu kami dulu ...


ni pic Lya & Asha waktu Lya sihat x lama dulu

moga Lya kuat & tabah menghadapi ujian ini ... (tetiba sedih teringat Asha - anak Lya) ... mesti Asha rindu ibu dia .. huhuhu :((

kwn2 ku sekalian ... marilah kita sama2 membantu Lya ... hari ni hari Lya, esok lusa mungkin hari kita ... marilah kita kurang kan beban Lya ... paling tidak doakanlah supaya Lya cepat sembuh ye..

ni aku copy paste dari blog yanie ...



Bismillahirrahmanirrahim............

Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.


Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.

Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).

Untuk update terkini tentang Lya,
klik sini.

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

Terima Kasih.




5 comments:

A.I said...

Semoga Iya dimurahkan rezeki + diberi kesihatan yg baek....amin..

LYaFRINA said...

wakil suami lya... mhucapkapkapkn juyataan terima kasih sts sgala sokongan ini.

Asz said...

ai .. amin!! tq darling ...

lya ... buat Lya & suami ... terima kasih kembali, selain memberi sumbangan, ini adalah salah satu cara saya dpt membalas budi baik Lya pada kami sekeluarga ....

Arman Zakariah said...

salam asz..maaf kalau tak up-todate..just nak tanya, kenapa dgn Lya? nway..semoga amar lekas sembuh..

Mimi said...

Salam Asz..
Thanks for sharing & I hope Asz juga terus kuat menghadapi dugaan Ilahi. Saya & keluarga juga baru sahaja di duga atas kehilangan insan tercinta. Ingin kongsi pesanan ringkas yang pasti akan sejukkan hati Asz..

"Amat beruntung bila musibah diterima sebagai dugaan dari Allah dan Allah pasti memberi balasan terbaik dunia dan akhirat. Amin"

from Ust. Haron Din..

p/s - kalau ada kesempatan, Asz boleh cuba bawa Ammar ke Darussyifa, ikhtiar rawatan cara Islam.. jangan risau, disana servis FOC cuma derma ikhlas yg tiada siapa tahu jumlahnya ;)